JPJ gantung MYEG, Zetrix sebagai ejen kutipan mulai Isnin ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah kumpulan MYEG, sebagai ejen kutipan jabatan itu berkuat kuasa Isnin ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepatuhan terhadap terma dan syarat perjanjian, serta tanggungjawab yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat itu.
“JPJ ingin memaklumkan perkhidmatan My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad di bawah Kumpulan MYEG sebagai ejen kutipan bagi pihak JPJ akan digantung berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 5 Oktober,” katanya dalam kenyataan.
Susulan keputusan itu, Aedy berkata, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG juga akan digantung mulai Isnin ini.
Bagaimanapun, katanya, JPJ memberi jaminan kepada orang ramai perkhidmatannya akan diteruskan seperti biasa melalui saluran rasmi dan saluran alternatif yang disediakan oleh jabatan.
“JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidamtan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan.
“Orang ramai boleh melaksanakan urus niaga berkaitan melalui saluran kaunter, aplikasi, portal awam, kios dan kaunter mobile JPJ.
“Urusan yang berkaitan juga boleh dilakukan di pejabat pos atau Puspakom,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








