JPJ kesan pasangan ‘bermanja’ sambil memandu kereta
PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengesan pasangan yang tular di media sosial selepas dipercayai melakukan aksi berbahaya di dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, siasatan telah dimulakan susulan penularan video berkenaan yang mengundang kebimbangan orang ramai.
Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang wanita terbabit, termasuk pengeluaran saman atas kesalahan yang dikenal pasti.
“JPJ akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit dengan mengeluarkan saman terhadap mereka,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dan wanita bermanja ketika kenderaan sedang dipandu di atas jalan raya.
Lebih membimbangkan, wanita berkenaan dilihat duduk menghadap pemandu dengan bersandar pada papan pemuka (dashboard) kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar.
Aksi tersebut mengundang kritikan ramai kerana bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu, malah boleh mengakibatkan kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan atau brek kecemasan secara tiba-tiba.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








