Polis tahan guru disyaki pukul pelajar, tampar ibu
KOTA BHARU – Polis menahan seorang guru lelaki kerana didakwa memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu remaja terbabit dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.
Menurut Ketua Polis Pasir Mas, ACP Mazlan Hassan, suspek berusia 54 tahun itu ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada hari sama, lapor BERNAMA.
Beliau memberitahu, kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah, Selasa lalu.
“Pada hari keesokannya (12 Ogos), ibu pelajar tersebut pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu.
“Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan. Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya, hari ini.
Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







