BERITA SEMASA

KPM tidak tolak ansur terhadap kesalahan seksual

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaanya.

Kata KPM dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai siasatan ke atas seorang guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

“KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.

“Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada,” kata kenyataan itu, hari ini.

KPM turut menyeru semua pihak untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuat kuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” kata kenyataan itu lafgi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, pihaknya telah menerima laporan pada 12 Dis lepas yang mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button