52,948 guru baharu ditempatkan sejak 2023 – Fadhlina
PUTRAJAYA – Seramai 52,948 guru baharu telah ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara sejak tahun 2023 hingga kini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, angka itu menunjukkan usaha Kerajaan MADANI dalam menangani isu kekurangan tenaga pengajar.
Jelas beliau, angka tersebut merangkumi seramai 18,792 guru ditempatkan pada tahun 2023, 13,983 guru pada tahun 2024 diikuti seramai 20,173 guru pada tahun 2025.
“Majlis Penempatan Guru Baharu Negeri Perak yang berlangsung kelmarin membawa makna tersendiri, dengan ratusan guru hadir secara fizikal dan ribuan lagi di seluruh negara menerima penempatan masing-masing.
“Data ini bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan isu kekurangan guru diselesaikan secara menyeluruh, di samping meningkatkan kualiti pendidikan dan menangani beban tugas pendidik,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Fadhlina turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru baharu yang menerima penempatan, sambil menyeru mereka menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dan mendidik murid dengan jiwa serta keikhlasan agar melahirkan generasi masa depan yang berwibawa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








