Tragedi disambar petir: Mangsa dikenal pasti dua beradik, sepupu
SEPANG – Dua beradik masing-masing berusia 26 dan 16 tahun antara tiga lelaki yang maut dipercayai disambar petir di padang awam berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini petang tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Sahrif Marusin, 26, yang bekerja sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan adiknya, Mohd Ahzam, 16.
Seorang lagi mangsa ialah Mohd Safwan Aksan, 18, yang dipercayai sepupu kepada kedua-dua beradik berkenaan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asistn Komisioner Norhizam Bahaman.
BACA JUGA:
Tiga maut dipercayai disambar petir di Salak Tinggi
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang itu, ketiga-tiga mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di bawah sebatang pokok di padang awam berkenaan.
Pegawai perubatan dari Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia.
Difahamkan, mereka berada di lokasi kejadian selepas kereta yang dinaiki mengalami kerosakan.
Terdahulu, beberapa klip video memaparkan kejadian itu tular di media sosial, menunjukkan tiga jasad yang ditutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














