Remaja perempuan 17 tahun maut terjatuh dari tingkat 9
PUTRAJAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih, Presint 17, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa ditemukan orang awam di kawasan berhampiran bangunan berkenaan pada pukul 5.45 pagi.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala siasatan awal mendapati remaja berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan bangunan parkir itu.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16(1) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan meninggal dunia semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








