Kewarasan, kebijaksanaan kunci pelihara kestabilan dan keamanan sejagat
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bimbang dengan situasi keamanan dunia susulan perkembangan politik antarabangsa yang kian meruncing.
Beliau berkata, situasi sedemikian menuntut lebih banyak kewarasan serta kebijaksanaan dalam kalangan pemimpin global bagi memastikan kestabilan dan keamanan sejagat terus terpelihara.
“Kebimbangan utama saya mengenai politik antarabangsa, yang tidak mahu saya sentuh panjang sekarang, ialah keperluan untuk mengembalikan kewarasan dalam kalangan pemimpin politik.
“Semoga Allah mengurniakan kita cahaya petunjuk itu, mungkin tidak terlalu diperlukan di rantau ini, tetapi di beberapa rantau lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Kementerian Luar bersama Perdana Menteri di Wisma Putra, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Ketua Pengarang Berita Harian, Zulkifli Jalil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








