
Malaysia, Indonesia manfaatkan kekuatan masing-masing demi kebaikan bersama
KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing, termasuk dalam sektor pertahanan, demi kebaikan kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman luas dan kekuatan Indonesia dalam sektor pertahanan perlu diteroka pihak dari Malaysia.
“Malaysia mesti bersedia untuk meneroka apa yang boleh kita peroleh daripada Indonesia, begitu juga daripada negara-negara lain,” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di sini hari ini.
Pada masa sama katanya, kedua-dua negara komited untuk memastikan kerjasama antara syarikat gergasi minyak kedua-dua negara, PETRONAS dan PERTAMINA untuk meneroka aliran baharu dalam bidang perniagaan.
“Jadi, hal itu hanya akan berlaku jika ada kesefahaman, keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan pimpinan serta pasukan kedua-dua kami.
“Saya ucap terima kasih dan beri arahan jelas kepada rakan-rakan menteri serta jabatan terkait, selain sektor swasta untuk pastikan apa yang kita sepakati dimeterai secepat mungkin,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








