Anwar dibenarkan pulang, berehat di rumah sambil luang masa membaca
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.
Berita gembira itu dikongsi Perdana Menteri dalam laman media sosialnya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, back home,” tulisnya ringkas.
Dalam hantaran itu, Anwar turut dilihat meluangkan masa membaca buku bertajuk In the Realm of the Last Man karya Francis Fukuyama dalam suasana santai di ruang peribadinya.
Menerusi foto yang dikongsikan, beliau kelihatan tekun membaca buku berkenaan sambil duduk di kerusi,
dengan rak yang dipenuhi pelbagai koleksi buku di belakangnya.
Buku In the Realm of the Last Man merupakan karya yang membincangkan perkembangan politik, demokrasi dan cabaran terhadap masyarakat moden.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








