BERITA SEMASAPMX

Kekuatan negara pada kesatuan, tekad majukan ekonomi – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan sebenar negara bergantung pada kesatuan rakyat serta tekad bersama untuk memajukan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Berucap pada majlis bersama Persatuan Industri Sabah malam tadi, beliau berkata kemajuan negara tidak harus dinilai berdasarkan saiz atau siapa yang paling lantang bersuara, tetapi kepada kemampuan semua pihak bersatu mengangkat martabat negeri dan negara agar terus dihormati di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri menegaskan kekuatan sebenar negara bergantung pada kesatuan rakyat serta tekad bersama untuk memajukan ekonomi. 

“Bukan soal kita kecil atau besar, atau siapa lebih bising atau lebih hero, tetapi bagaimana kita bersama mengangkat martabat negeri dan negara agar terus dihormati di pentas dunia,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Anwar, perjuangan memajukan negara adalah lebih besar daripada kepentingan mana-mana individu.

Justeru katanya, Sabah dan Kerajaan Persekutuan mesti bergerak seiring dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Beliau menegaskan kerjasama itu perlu memberi tumpuan kepada membuka peluang, menambah pekerjaan, menarik pelaburan serta memastikan masa depan anak-anak Malaysia lebih terjamin.

“Fokus kita jelas iaitu ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan masa depan rakyat,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil-wakil industri utama Sabah yang menyatakan sokongan terhadap agenda Malaysia MADANI, yang menekankan prinsip kemakmuran bersama dan pembangunan mampan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button