Kerajaan teliti tekanan kos, akses peluang perusahaan dalam Belanjawan 2027 – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI mengambil maklum tekanan kos perolehan dan operasi yang dihadapi perusahaan kecil merentas pelbagai industri susulan krisis bekalan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera ketika sesi libat urus Belanjawan 2027, hari ini.
Menurut beliau, pelbagai pandangan dan cadangan yang dikemukakan, khususnya berkaitan tekanan kos, akses kepada peluang serta usaha memperkukuh daya saing perusahaan, akan diteliti sewajarnya dalam merangka Belanjawan 2027.
“Sewaktu sesi libat urus Belanjawan 2027 bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera, antara yang dibangkitkan adalah kesulitan dihadapi perusahaan kecil merentas pelbagai industri, khususnya dalam mendepani tekanan kos perolehan dan operasi akibat krisis bekalan global.
“Segala pandangan dan cadangan, khususnya berkaitan tekanan kos, akses kepada peluang dan usaha memperkukuh daya saing perusahaan, telah diambil maklum untuk diteliti sewajarnya dalam merangka Belanjawan 2027,” katanya dalam kenyataan.
Anwar berkata, Belanjawan 2027 akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada rakyat serta perusahaan untuk memperkukuh kemampuan dan mengangkat maruah rakyat di negara ini.
“Kerajaan MADANI akan memastikan Belanjawan 2027 ini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas agar rakyat dan perusahaan dapat membina kemampuan serta mengangkat maruah anak watan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








