BERITA SEMASASUKAN

Tunku Mahkota Ismail zahir tahniah kepada Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyampaikan ucapan itu menerusi ciapan ringkas di laman X.

Baginda turut memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negara itu dalam hantaran berkenaan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” titah baginda.

Terdahulu, FAM mengumumkan pelantikan Ayob Khan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti bagi baki penggal 2025-2029.

Pelantikan itu antara keputusan utama Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button