SUKAN

Kongres FAM dijangka panas esok susulan media terima ‘surat layang’

KUALA LUMPUR – Kongres Tahunan buat kali Ke-60 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bakal diadakan esok dijangka akan berlangsung dalam situasi panas.

Ia susulan beberapa media menerima email daripada pengirim yang tidak dikenali membangkitkan isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan FAM yang didakwa sedang mengalami pergolakkan dalaman.

Lebih ‘memanaskan’ keadaan, sejak kebelakangan ini beberapa beberapa staf badan induk bola sepak itu meletak jawatan atas sebab tertentu.

Terdahulu, media melaporkan bahawa barisan kejurulatihan yang diterajui Kim Pan-gon sudah bersedia meninggalkan kem pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan lagi pada masa akan datang.

Situasi tersebut timbul selepas pasukan kebangsaan tewas kepada Oman dalam kempen kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Pan-gon tampil menyatakan untuk terus kekal bersama skuad kebangsaan sehingga misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan menempah slot Piala Asia 2027 tercapai.

Pan-gon berkata, beliau tidak menghantar surat yang mengatakan sedia untuk meninggalkan pasukan negara sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button