BERITA SEMASA

Malaysia didakwa akan ambil 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan

CYBERJAYA – Malaysia didakwa akan mengambil kira-kira 200,000 pekerja dari Bangladesh dalam enam bulan akan datang.

Menurut laporan The Daily Star, dakwaan itu dibuat Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam yang turut berkata, pengambilan secara berperingkat itu akan bermula hujung bulan ini.

“Terdapat kira-kira 800,000 pekerja Bangladesh berdaftar di Malaysia. Ada yang tidak berdaftar.

“Menteri kami telah meminta pihak berkuasa Malaysia mendaftarkan mereka,” katanya dalam laporan tersebut, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Shuhada Othman mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi, Abdul Moyeen Khan.

Jun lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, melawat Malaysia dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh.

Malaysia sebelum ini menyekat pengambilan pekerja dari Bangladesh sejak 2024 susulan laporan ikatan hutang dan buruh paksa.

Kerajaan berharap dapat mengurangkan jumlah pekerja asing di Malaysia kepada sekitar 10 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja menjelang 2030.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button