JENAYAH & MAHKAMAH

Imigresen tahan 37 warga asing dalam serbuan di restoran popular di JB

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 37 pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan selepas serbuan di sebuah restoran terkenal dengan hidangan makanan laut segar di Taman Sentosa, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua yang ditahan dalam Ops Selera bermula 12 tengah hari itu berusia antara 19 hingga 49 tahun.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan, operasi dijalankan ke atas premis yang dipercayai melindungi dan menggajikan pekerja warga asing secara haram.

“Kita juga menumpukan kepada pemeriksaan dokumen pengenalan diri, permit kerja warga asing yang melanggar syarat pas. Pemeriksaan turut dijalankan di kawasan hostel pekerja yang terletak di bahagian belakang premis yang dijadikan sebagai tempat penginapan pekerja,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Rusdi berkata, warga asing yang ditahan terdiri daripada enam lelaki Myanmar, seorang lelaki Vietnam, seorang lelaki Bangladesh dan 29 wanita Myanmar.

“Pemeriksaan turut dijalankan di kawasan hostel pekerja yang terletak di bahagian belakang premis yang dijadikan sebagai tempat penginapan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button