Lebih 446,000 warga Bangladesh masuki Malaysia secara sah sejak 2022
Sumber terbesar pekerja asing kurang mahir
KUALA LUMPUR – Lebih 446,000 warga Bangladesh telah memasuki negara ini secara sah dalam tempoh dua tahun ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, warga negara itu kini merupakan sumber terbesar pekerja asing kurang mahir di dalam negara.
Jelas beliau, seramai 49,353 pekerja Bangladesh memasuki negara ini pada 2022 selepas sempadan dibuka semula susulan pandemik COVID-19.
Angka itu meningkat kepada 397,548 pada 2023 di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
Bagi tahun ini pula, setakat 30 Jun, Jabatan Imigresen merekodkan 803,332 pemegang Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) Bangladesh yang aktif, kata Saifuddin.
Jumlah itu mewakili 37 peratus daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia, sekali gus menjadikan Bangladesh sebagai negara sumber terbesar pekerja migran kurang mahir.
“Pada 2022, seramai 20,331 pekerja Bangladesh dihantar pulang, manakala 23,065 dihantar pulang pada 2023,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Hassan Abdul Karim (PH–Pasir Gudang) yang bertanyakan mengenai jumlah warga Bangladesh di negara ini.
Selain itu, pihak berkuasa turut merekodkan 790 tangkapan warga Bangladesh pada 2022 dan 2023 kerana tinggal melebihi tempoh pas mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








