Garis panduan governan dan dan kod etika AI dibentangkan di Kabinet bulan ini
KUALA LUMPUR – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan satu garis panduan governan dan dan kod etika kecerdasan buatan (AI).
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, garis panduan terbabit merangkumi pelaksanaan AI yang bertanggungjawab ke atas tiga kategori pengguna iaitu orang awam, penggubal polisi serta dasar, dan pembangun serta penyedia teknologi.
“Pematuhan garis panduan ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pengamal dan pembangun teknologi AI bagi mencegah dan meminimumkan risiko negatif yang lahir kesan dari penyalahgunaan teknologi ini.
“Ia juga adalah merupakan dokumen asas kepada pembangunan perundangan berkaitan AI di masa hadapan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (Petaling Jaya-PH) ketika sesi jawaban lisan, pagi tadi.
Beliau kemudiannya menambah, mengikut garis masa ditetapkan, dokumen garis panduan governan dan kod etika tersebut akan dibentangkan di Kabinet pada Mac 2024 sebelum dilancarkan pada bulan April 2024.
Setakat ini, pemantauan dan kawalan ke atas teknologi digital seperti AI ini masih berada di bawah akta dan perundangan sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perlindungan Data Peribadi, Akta Transaksi Elektronik dan lain-lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








