SUKAN

Puripol Boonson samai rekod Asia 200m

NAGOYA – Pelari pecut Thailand, Puripol Boonson mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 200 meter lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan catatan 19.88 saat, sekali gus menyamai rekod Asia.

catatan

Catatan itu menyamai rekod Asia yang sebelum ini menjadi milik pelari China, Xie Zhenye.

Puripol yang baru berusia 20 tahun sebelum ini pernah menyatakan sasaran untuk mencatat 9.80 saat dalam acara 100 meter dan 19.60 saat bagi 200 meter.

Sasaran berkenaan diluahkan pada Mei lalu dan kira-kira empat bulan kemudian, pelari muda Thailand itu membuktikan kemampuannya apabila mencatat 19.88 saat di pentas Sukan Asia.

Prestasi berkenaan mengukuhkan status Puripol sebagai antara pelari pecut muda yang mencuri perhatian di Asia, terutama selepas beberapa pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa.

Catatan 19.88 saat itu juga meletakkannya dalam kelompok pelari Asia yang mampu memberikan saingan di pentas dunia menjelang Olimpik Los Angeles 2028.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button