BERITA SEMASA

Skuad regu takraw cemas sebelum tumpaskan Vietnam

HANGZHOU – Skuad regu lelaki Malaysia cemas seketika sebelum berjaya menewaskan Vietnam 2-1 dalam acara regu peringkat kumpulan sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan Zarif Marican selaku tekong, Afifuddin Razali (apit kanan) dan Amirul Zazwan (apit kiri) tewas di set pertama 17-21.

Susulan tewas di set pertama, Malaysia menggantikan Zarif dengan tekong utama Syahir Rosdi.

Syahir yang masuk di set kedua berjaya membantu Malaysia menang di set kedua dan ketiga masing- masing dengan keputusan 21-9 dan 21-11.

Malaysia dijadualkan bertemu Singapura dalam perlawanan kumpulan seterusnya pada pukul 2 petang ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button