SUKAN

Pasukan sepak takraw wanita Putrajaya raih pengiktirafan di Piala Emas Khir Johari

PUTRAJAYA – Pasukan sepak takraw wanita Putrajaya menerima pujian selepas berjaya mara ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Emas Khir Johari, sekali gus mencatat pencapaian membanggakan bagi Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kejayaan itu membuktikan potensi besar yang dimiliki atlet wanita sekiranya diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw wanita Putrajaya atas pencapaian ini. Ia satu kejayaan yang membanggakan,” katanya di sini hari.

Beliau turut menekankan keperluan memastikan pasukan wanita terus mendapat sokongan berterusan termasuk dari segi peruntukan kewangan agar tidak tercicir daripada arus pembangunan sukan.

Menurutnya, kekangan bajet sering menjadi faktor utama pasukan wanita diketepikan daripada penyertaan pertandingan.

“Sering kali apabila peruntukan terhad, pasukan wanita yang diketepikan. Ini perlu diubah kerana kita mempunyai bakat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap semua persatuan sukan dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan pembangunan sukan wanita terus diberi perhatian dan tidak dipinggirkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button