Kematian Ali Khamenei dianggap syahid – Mufti Wilayah
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Fauwaz Fadzil menyifatkan kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei sebagai syahid.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Kematian Ayatollah Ali Khamenei dianggap syahid, Insya-Allah,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, media rasmi Iran mengumumkan kematian Khamenei pada pukul 5 pagi waktu tempatan dengan menyiarkan imej arkib dengan sepanduk hitam sebagai tanda berkabung.
BACA JUGA:
Ali Khamenei disahkan terkorban oleh media rasmi Iran
Trump dakwa Ali Khamenei terkorban
Ali Khamenei yang berusia 86 tahun menjadi pemimpin tertinggi Iran sejak tahun 1989.
Kematian beliau berpunca daripada siri serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat dan Israel dalam pergolakan yang makin meningkat di Timur Tengah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment