AGAMABERITA SEMASA

PAS kutuk AS, Israel atas kematian Ali Khamenei

KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam keras tindakan Amerika Syarikat dan Israel susulan kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang terkorban dalam serangan udara.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan serangan itu sebagai satu kezaliman yang melanggar norma keadilan sejagat.

Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

“Serangan ganas ini menyasarkan lokasi strategik Iran termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, yang jelas melanggar norma keadilan sejagat, mengancam keselamatan, kestabilan dan kedaulatannya,” kata beliau.

BACA JUGA: 

Kematian Ali Khamenei dianggap syahid – Mufti Wilayah

Iran isytihar 40 hari berkabung susulan kematian Ali Khamenei

Ali Khamenei disahkan terkorban oleh media rasmi Iran

Tambah beliau, seluruh dunia perlu bersatu mengutuk Amerika Syarikat dan Israel yang pengecut.

“Mereka bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di rantau Timur Tengah,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ali Khamenei atas tragedi tersebut.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah,” ujarnya.

Beliau memetik firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud: “Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button