Penghuni lima rumah dinasihatkan berpindah – MBPP
GEORGE TOWN – Lima lagi penghuni kediaman di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, dinasihatkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga susulan kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan tersebut, awal hari ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran berkata, perpindahan mereka akan diuruskan oleh pihak pejabat tanah.
BACA JUGA:
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di Paya Terubong
Beliau turut memberitahu, pihaknya juga telah mengarahkan pengendali projek jalan raya dan pangsapuri di kawsan berkenaan menghentikan kerja-kerja pembinaan.
“Buat masa ini, perintah henti kerja telah dikeluarkan terhadap projek pembangunan berhampiran lokasi tanah runtuh itu,” katanya, hari ini.
Ketika diminta mengulas sama ada MBPP telah memantau pergerakan tanah di belakang kawasan yang terjejas, Rajendran berkata perunding bagi projek tersebut bertanggungjawab untuk menjalankan penilaian yang diperlukan.
Beliau enggan mengulas lanjut dan menyatakan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








