BERITA SEMASA

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di Paya Terubong

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa bahagian belakang sebuah rumah di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.36 pagi itu, dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.36 pagi.

Menurutnya, tiga mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan, dengan seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah.

“Seorang mangsa adalah lelaki dan disahkan meninggal dunia selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah.

“Dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera pemadam ringan dan kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Menurutnya, pihak polis turut berada di lokasi bagi membantu operasi menyelamat yang masih dijalankan sehingga jam 9.30 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button