
Empat disahkan maut insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit
Usaha mencari seorang lagi mangsa yang tertimbus giat dijalankan
KUCHING – Empat mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, jasad ketiga ditemukan kira-kira pukul 11.38 pagi manakala jasad keempat ditemukan 10 minit kemudian.
Sebelum itu, pasukan operasi menemukan jasad seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada pukul 6.17 pagi, diikuti jasad seorang wanita dewasa pada pukul 10.53 pagi.
Pasukan penyelamat kini sedang menggiatkan usaha mencari mangsa terakhir, seorang warga emas wanita berusia 71 tahun
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tadi, tujuh sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh.
Runtuhan tebing Bukit Kanada itu berlaku susulan hujan lebat berterusan yang melanda sejak kelmarin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















