Lelaki maut dipercayai akibat jatuh bangunan
KAJANG – Seorang lelaki ditemukan maut setelah dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long, di sini malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 9.44 malam.
Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 40-an dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat. Setakat ini, siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu proses pengecaman.
“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Zharif Ab Rasid di talian 012-5925390 bagi membantu siasatan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








