BERITA SEMASA

Tanah runtuh: Penduduk Apartment Puncak Arabella terputus hubungan

CAMERON HIGHLANDS – Hampir 700 penduduk Apartment Puncak Arabella, Tanah Rata, di sini, terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman tersebut, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar pukul 8.30 malam tadi.

“Sejurus menerima maklumat, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan serta memastikan kawasan terbabit bebas daripada risiko susulan.

“Laluan utama ke apartment kini tidak boleh dilalui dan kerja-kerja pemantauan dibuat secara berterusan oleh agensi berkaitan termasuk Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH),” katanya dalam satu kenyataa, malam tadi.

Beliau menambah, tindakan lanjut serta bantuan awal sedang diselaras oleh agensi terlibat, manakala perkembangan seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button