LUAR NEGARA

Iran isytihar 40 hari berkabung susulan kematian Ali Khamenei

TEHRAN – Kerajaan Iran mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari susulan kematian pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menurut laporan agensi berita tempatan, Fars News Agency.

Selain tempoh berkabung nasional itu, kerajaan turut mengumumkan cuti umum selama tujuh hari bagi memberi ruang kepada rakyat untuk menzahirkan penghormatan terakhir dan menyertai upacara berkaitan pemergian tokoh berpengaruh tersebut.

Pengumuman berkenaan dibuat selepas media rasmi sebelum ini yang mengesahkan kematian Ali Khamenei dalam serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel.

BACA JUGA:

Ali Khamenei disahkan terkorban oleh media rasmi Iran

Trump dakwa Ali Khamenei terkorban

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai insiden tersebut termasuk lokasi dan keadaan sebenar kejadian masih belum diperincikan secara rasmi oleh pihak berkuasa Iran.

Agensi berita antarabangsa melaporkan perkembangan itu berpotensi mengubah landskap politik dan keselamatan Asia Barat, memandangkan Ali Khamenei memainkan peranan penting dalam menentukan dasar luar dan keselamatan Iran sejak beberapa dekad lalu.

Pengisytiharan 40 hari berkabung itu mencerminkan kedudukan beliau sebagai figura tertinggi dalam struktur pemerintahan Republik Islam Iran, selain menandakan tempoh peralihan yang dijangka memberi kesan besar terhadap hala tuju politik negara tersebut di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin memuncak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button