BERITA SEMASA

Iran buka sebahagian ruang udara selepas gencatan senjata

ISTANBUL – Iran mengumumkan pembukaan semula sebahagian ruang udaranya selepas persetujuan gencatan senjata dicapai bersama Israel.

Menurut jurucakap Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran, Majid Akhavan, pembukaan semula itu melibatkan ruang udara di bahagian timur negara bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Ruang udara di kawasan timur telah dibuka semula untuk semua jenis penerbangan, termasuk laluan antarabangsa yang melintasi wilayah Iran,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan operasi penerbangan keluar masuk dari Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran dan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini masih digantung buat masa ini.

“Langkah ini diambil susulan gencatan senjata yang dimediasi oleh Amerika Syarikat selepas 12 hari pertempuran antara kedua-dua negara,” jelasnya.

Pertempuran itu tercetus berikutan serangan Israel terhadap sasaran nuklear dan ketenteraan Iran pada 13 Jun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button