PKR Cabang Taiping sokong usaha ‘pass it forward’ SARA RM100 bantu masyarakat memerlukan
TAIPING – PKR Cabang Taiping menyambut baik saranan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk melaksanakan konsep ‘pass it forward’ dalam penggunaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 bagi membantu masyarakat yang lebih memerlukan.
Naib Ketua II PKR Cabang Taiping, Muzamir Ismail berkata, pendekatan itu wajar diperluas kerana ia bukan sahaja memastikan manfaat SARA sampai kepada golongan sasar, malah melahirkan budaya saling membantu dalam kalangan rakyat.
“Cadangan ‘pass it forward’ oleh Timbalan Presiden parti membuktikan kepimpinan PKR bukan sahaja mahu menyalurkan bantuan, tetapi turut menggalakkan rakyat bersama memainkan peranan membantu golongan yang lebih susah.
“Di Taiping sahaja, lebih 100 ahli PKR yang berkemampuan telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan amalan ini dalam tempoh dua hari kebelakangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muzamir turut menyeru rakyat yang berkemampuan untuk bersama-sama mengamalkan semangat ‘pass it forward’ agar manfaat bantuan ini dapat dikongsi dengan lebih ramai masyarakat yang benar-benar memerlukan.
“PKR Cabang Taiping akan terus mendukung usaha ini agar lebih ramai rakyat mendapat manfaat, sekali gus menjadikan semangat ‘pass it forward’ sebagai budaya dalam masyarakat,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








