BERITA SEMASA

KPM kekalkan 12 waktu pengajaran bahasa Melayu, Cina dan Tamil

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).

Menurutnya, keputusan itu memastikan peruntukan waktu pengajaran bagi ketiga-tiga bahasa berkenaan tidak dikurangkan, masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Keputusan itu dibuat selepas mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP2027.

“Hasil penelitian dan perbincangan yang dijalankan mengambil kira pandangan serta cadangan yang dikemukakan oleh semua pihak sepanjang sesi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu KPM turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbangkan pandangan dalam perbincangan itu.

Kementerian menegaskan penguasaan bahasa dan keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam usaha memperbaharui kurikulum negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button