BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kolej Tingkatan 6 akan dilaksana secara rentas kementerian

NIBONG TEBAL – Pelaksanaan inisiatif Kolej Tingkatan 6 Premium oleh Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan secara silang rentas kementerian, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan 6 serta menggalakkan lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih Tingkatan 6 sebagai lalun pendidikan seterusnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di Facebooknya selepas mengadakan perbincangan bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Ir Dr Abdul Rahman Mohamed di Kampus Kejuruteraan USM, di sini, semalam.

“Turut dibincangkan adalah usaha untuk membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid di sekolah,” katanya.

Hadir sama dalam perbincangan itu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Zainal Abas, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Prof Ir Dr. Mariatti Jaafar@Mustapha dan dekan-dekan kejuruteraan USM.

Dr Abdul Rahman Mohamed menyerahkan cenderahati kepada Fadhlina Sidek dalam sesi perbincangan di Kampus Kejuruteraan USM, di sini, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button