Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya libatkan guru dan murid beragama Islam
Program rintis akan dilaksanakan di 289 buah sekolah
CYBERJAYA – Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan dilaksanakan nanti hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata dalam satu kenyataan, pelaksaan itu melibatkan 289 buah sekolah di seluruh negara, yang terdiri daripada 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Kenyataan itu turut menyebut, modul tersebut dilaksanakan bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.
“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” menurut kenyataan itu.
Kata KPM lagi, pihaknya sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








