150 peket minyak masak bersubsidi cuba diseludup ke Thailand dirampas
PASIR MAS – Sebanyak 150 peket minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di tebing Sungai Golok, Kampung Jeram Perdah, di sini, petang semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu dilakukan anggotanya menerusi Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira jam 5 petang.
Menurutnya, ketika menjalankan pemeriksaan di Pengkalan Haram Jeram Perdah 2, anggota PGA menemukan beberapa plastik berwarna biru yang ditinggalkan di tepi tebing sungai.
“Pemeriksaan lanjut menemukan 150 peket minyak masak dengan berat keseluruhan 150 kilogram yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui laluan tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua barangan rampasan itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








