Ismail Sabri selamat jalani prosedur di IJN
KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah rentak jantung yang tidak normal.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, Ismail Sabri menjalani prosedur rawatan tersebut, petang tadi.
“Buat masa ini, beliau dinasihatkan supaya berehat selepas menjalani prosedur berkenaan.
“Justeru, lawatan akan dihadkan kepada ahli keluarga terdekat bagi menyokong proses pemulihan beliau serta memastikan privasinya terpelihara,” lata kenyataan itu.
IJN turut menyeru pihak media dan orang ramai supaya menghormati privasi Ismail Sabri serta keluarganya ketika proses pemulihan ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera dijadualkan hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini bagi menghadapi satu pertuduhan jenayah.
Pertuduhan itu dipercayai berkaitan dengan pengisytiharan aset beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun, prosiding tersebut telah ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke IJN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








