BERITA SEMASA

Ismail Sabri bersyukur Hamas, Fatah dan 12 kumpulan politik Palestin kembali bersatu

CYBERJAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan kesyukurannya atas penyatuan semula kelompok Hamas, Fatah dan 12 kumpulan politik Palestin menerusi Deklarasi Beijing.

Beliau berkata, deklarasi yang ditandatangani semalam itu amat penting untuk membuktikan bahawa mereka kembali bersatu dan bersedia untuk bersama-sama membina kembali Palestin selepas diceroboh serta dijajah Israel.

“Alhamdulillah, syukur, Hamas dan Fatah bersama 12 kelompok Palestin kembali bersatu dengan berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.

“Tahniah dan sekalung penghargaan kepada China yang berusaha mendamaikan fraksi-fraksi Palestin secara tidak langsung menamatkan usaha pihak tertentu memecah belahkan rakyat negara tersebut,” kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Tambahnya, usaha ini harus diikuti oleh oleh seluruh dunia yang bukan hanya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi bersama-sama berusaha menamatkan penghapusan etnik dan kezaliman yang paling dahsyat pada abad ini.

“Semoga perdamaian ini benar-benar ini diterjemahkan, bukan hanya di atas kertas sahaja.

“Palestin bebas dan merdeka!” katanya lagi.

Semalam, media antarabangsa melaporkan 14 kumpulan Palestin mencapai persetujuan secara praktikal dan terperinci untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.

Wakil 14 kumpulan itu termasuk Fatah dan Hamas menghadiri rundingan perdamaian dan menandatangani Deklarasi Beijing yang berlangsung dari 21 Julai hingga 23 Julai.

Fatah dan Hamas yang juga dua kuasa besar politik Palestin dilapor menandatangani deklarasi itu bagi menamatkan perpecahan yang sudah berlarutan sekian lama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button