Dua pemilik syarikat dituduh buat tuntutan palsu program Daya Kerjaya 2.0
KUALA LUMPUR – Dua orang pemilik syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini masing-masing atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu insentif program Daya Kerjaya 2.0 pada 2024.
Tertuduh, Chai Wee Chun, 36, dan Lee Peng Chen, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas dibaca di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Mengikut kertas pertuduhan, Wee Chun, pemilik Syarikat NJC Auto Supply & Marketing dan Peng Chen, pemilik Syarikat Passion Hot Bun didakwa membuat tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan mengemukakan dokumen yang disyaki mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM7,000 bagi Wee Chun, manakala Peng Chen sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh semula sebutan kes tertuduh pertama pada 11 Septe,ber, manakala tertuduh kedua pada 15 Oktober.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




