BERITA SEMASA

KPM jamin beri kerjasama penuh siasatan pelajar jatuh bangunan – Fadhlina

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan kementeriannya akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan kes seorang pelajar Tingkatan Empat yang jatuh daripada bangunan sekolah di Sendayan, Negeri Sembilan pagi tadi.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata, kejadian tersebut sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA JUGA:
Kes pelajar jatuh bangunan, JPNS laksana siasatan dalaman
Polis siasat insiden pelajar Tingkatan Empat jatuh bangunan sekolah
Pelajar maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan

“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada hari ini. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata Fadhlina.

Dalam hantaran itu, Fadhlina turut berkongsi dua keping gambar memaparkan pertemuan beliau dengan ibu bapa kepada pelajar malang terbabit di hospital.

Jelas Fadhlina, pertemuan itu turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad.

“Tiada apa yang lebih utama pada ketika ini selain memastikan bantuan terbaik kepada keluarga dan semua yang terjejas.

“Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button