Polis buru dua lelaki pecah masuk rumah, kerugian RM1,500
KLANG – Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Telok Gedong Indah, di sini, yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai masuk ke dalam rumah selepas mengumpil mangga serta pintu utama.
“Suspek kemudian mengambil beberapa barangan milik mangsa sebelum melarikan diri.
“Susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohamad Helmi Mat Yusof di talian 019-4238387.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






