JENAYAH & MAHKAMAH

Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi, bakal direman semula esok

KANGAR – Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah motivasi berhubung dakwaan membabitkan seorang remaja berusia 19 tahun.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, laporan berkenaan diterima semalam dan siasatan kini dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek kini masih dalam tempoh reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes berasingan yang dikendalikan IPD Padang Besar.

“Selepas tempoh reman itu tamat, suspek akan diberikan jaminan polis sebelum tindakan tangkapan semula dilakukan oleh Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA:
Penceramah motivasi berkait dakwaan gangguan seksual dilepas dengan jaminan polis
Penceramah bebas didakwa gangguan seksual direman dua hari

Hamzah berkata, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar esok bagi mendapatkan perintah reman berhubung laporan terbaharu itu.

Terdahulu, penceramah motivasi berkenaan direman selama dua hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang remaja bawah umur.

Siasatan bagi kedua-dua laporan berkenaan masih dijalankan dan polis dijangka mendapatkan keterangan lanjut daripada pihak berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button