JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru tiga suspek pecah masuk rumah di Shah Alam

SHAH ALAM – Polis giat memburu tiga individu disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 11.52 malam daripada seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang juga pesara.

Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara jam 8 malam hingga 11 malam dan turut tular di media sosial menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik penduduk sekitar.

“Siasatan di lokasi mendapati rumah mangsa tidak dilengkapi sistem CCTV dan penggera keselamatan.

“Bagaimanapun, pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV daripada pengurusan kawasan perumahan serta jiran berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap ketiga-tiga suspek yang berpakaian gelap serta memakai pelitup muka itu sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button