KKM beri tempoh hingga 7 Oktober pegawai perubatan Fasa 2/2026 lapor diri
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tempoh sehingga 7 Oktober ini kepada pegawai perubatan lantikan tetap Fasa 2/2026 yang masih belum melapor diri di fasiliti penempatan masing-masing untuk melengkapkan urusan berkenaan.
KKM berkata, proses lapor diri bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 yang dilantik secara tetap itu masih berlangsung.
Menurut kementerian, seramai 4,255 pegawai perubatan ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement bagi lantikan Fasa 2/2026 yang berkuat kuasa mulai 28 September lalu.
“KKM menyeru semua pegawai perubatan yang masih belum melapor diri untuk segera berbuat demikian.
“Pegawai yang terlibat diingatkan untuk melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu pada 7 Oktober 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru itu, KKM memohon semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan awal berhubung proses penempatan berkenaan.
Pada masa sama, KKM meminta semua pihak memberi ruang kepada kelancaran proses penempatan yang masih sedang berlangsung itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








