LUAR NEGARA

Penumpang gagalkan cubaan hempas pesawat Flydubai

KUALA LUMPUR – Penumpang dan kru penerbangan Flydubai FZ1073 dari Dubai ke Tel Aviv dilaporkan berjaya menghalang malapetaka lebih buruk apabila juruterbang pesawat yang dinaiki mereka terlibat dalam pergaduhan, semalam.

Dalam insiden itu, seorang pembantu juruterbang dipercayai menyerang dan menikam kapten pesawat sehingga menyebabkan pesawat yang membawa 174 penumpang itu menjunam jauh sehingga 14,000 kaki.

Pesawat kemudian berjaya membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tabuk, Arab Saudi.

Pergaduhan di dalam kokpit itu menyebabkan beberapa penumpang bersama kru memasuki kokpit dan mengawal keadaan.

Sepasang juruterbang Flydubai yang secara kebetulan berada di dalam pesawat itu dilaporkan mengambil alih tugas pemanduan selepas kejadian itu.

Kapten, Smit Machchhar, warga India, serta pembantu juruterbang terbabit dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Laporan media Barat mendakwa juruterbang yang mencetuskan kekecohan cuba melencongkan pesawat dan

Sementara itu, data penerbangan menunjukkan pesawat berkenaan pada mulanya menghantar isyarat kecemasan kod 7700 sebelum bertukar kepada kod 7500 yang digunakan bagi menunjukkan gangguan tidak sah terhadap pesawat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu (GCAA) mengesahkan penerbangan itu mengalami ‘insiden keselamatan’ yang berjaya dikawal, manakala siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca dan keadaan sebenar kejadian.

Flydubai mengesahkan berlaku pergaduhan di dek penerbangan dan menegaskan semua penumpang serta kru selamat.

Syarikat penerbangan itu meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai punca atau motif kejadian sementara siasatan rasmi diteruskan.

Susulan insiden berkenaan, Flydubai menggantung sementara penerbangan dari dan ke Israel sehingga siasatan selesai.

Penumpang yang terkandas di Tabuk kemudiannya diterbangkan ke Tel Aviv menggunakan pesawat gantian yang disediakan syarikat penerbangan berkenaan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘insiden keselamatan serius’ dan memaklumkan pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan siasatan serta soal siasat terhadap juruterbang kedua terbabit.

Pegawai Israel pula mendakwa suspek merupakan juruterbang warga Oman yang cuba menjatuhkan pesawat berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button