Iran tolak desakan menyerah, Trump ugut serangan lebih hebat
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran akan meningkatkan serangan terhadap Iran selepas Presiden negara itu, Masoud Pezeshkian menolak desakan Washington supaya Tehran menyerah tanpa syarat.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara pada Sabtu, Pezeshkian menegaskan tuntutan supaya Iran menyerah kalah hanyalah “mimpi yang patut dibawa mereka ke kubur”.
Susulan kenyataan itu, Trump menerusi hantaran di platform media sosial Truth Social memberi amaran bahawa Iran bakal “dipukul dengan sangat keras” dan tidak menolak kemungkinan memperluaskan sasaran serangan.
Menurutnya, beberapa kawasan dan kumpulan yang sebelum ini tidak termasuk dalam senarai sasaran kini sedang dipertimbangkan untuk diserang.
Kenyataan tersebut dibuat ketika konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran terus memuncak dan kini memasuki minggu kedua.
Dalam masa sama, Pezeshkian turut menegaskan Iran tidak akan menyerang negara jirannya di Asia Barat selagi serangan terhadap Iran tidak dilancarkan dari negara-negara tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








