LUAR NEGARA

PM Britain umum letak jawatan

LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selepas kurang dua tahun memegang jawatan tersebut.

“Setiap keputusan yang saya buat adalah untuk mengutamakan negara yang saya cintai. Sebab itu saya akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh,” kata Starmer dengan nada sebak dalam ucapan penuh emosi di luar 10 Downing Street, sebentar tadi.

Starmer berkata, proses pemilihan pemimpin baharu Parti Buruh akan dimulakan Julai ini, kata AFP.

Buat masa ini, beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga penggantinya dipilih September depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button