BERITA SEMASA

Tindakan tegas menanti pihak gugat keharmonian, keselamatan negara

PUTRAJAYA – Mana-mana pihak atau individu yang sengaja menggugat keharmonian, keamanan dan keselamatan negara akan dikenakan tindakan tegas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan pihak penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

Beliau dengan tegas berkata, masa untuk memberi amaran atau teguran sudah berakhir demi menyelamatkan negara ini daripada terus terjerumus ke dalam suasana yang tidak diinginkan.

“Maka dengan mandat diberikan, saya ingin jelaskan di sini, dari hal sebesar seperti kematian anak kita, Zara (Allahyarham Zara Qairina Mahathir) di Sabah kepada isu Jalur Gemilang yang harus kita muliakan, semua ini menjadi agenda untuk menghangatkan suhu politik.

“Sebab itu saya menggesa dan beri arahan jelas kepada badan penguatkuasaan, ada sahaja mana-mana unsur, tokoh besar atau kecil, tokoh politik atau masyarakat yang terbabit dalam jenayah ugutan, hasutan seperti ini, saya ingin tegaskan, sudah, masa amaran (sudah berakhir), orang mual,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button