BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

Malaysia catat lonjakan membanggakan dalam Laporan Daya Saing Dunia 2025

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menunjukkan prestasi membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 untuk berada di kedudukan ke-23.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi negara untuk naik sebanyak 11 anak tangga itu merupakan pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lalu.

Jelas beliau dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, pencapaian itu merupakan petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.

“Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta.

“Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif serta mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. la antara asas penting dalam perjalanan kita meletakkan negara dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan lebih cerah untuk anak kita,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke-34 dalam laporan yang sama.

Dalam laporan tahun ini, Malaysia menunjuk peningkatan ketara dalam beberapa sub-faktor, antaranya Ekonomi Domestik yang meningkat 20 anak tangga ke kedudukan ke-15 ketika ini.

Selain itu, Perdagangan Antarabangsa turut menunjukkan peningkatan dengan kenaikan sebanyak 11 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-enam.

Malaysia turut berjaya menempatkan diri di tangga pertama dalam sub-faktor Harga, selepas naik satu anak tangga manakala dalam Produktiviti dan Kecekapan naik 19 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-34.

Pasaran Buruh pula mencatatkan kenaikan 11 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-23.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button