BERITA SEMASA

PM rasmi operasi LRT3, Ahad ini

CHERAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Ahad ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, operasi sistem yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya akan bermula secara rasmi keesokannya.

“Majlis perasmian (LRT3) akan dibuat Ahad ini dan operasi akan mula berkuat kuasa keesokan harinya,” katanya dalam sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dan Pengerusi Maju TMAS Sdn Bhd, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Laluan LRT3 meliputi sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan koridor barat Lembah Klang bermula dari stesen Bandar Utama sehingga ke Johan Setia, Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button