BERITA SEMASA

SKBBK pastikan pekerja dilindungi walau diluar waktu kerja

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim itu diwujudkan hasil kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti hanya di pintu kilang atau pintu pejabat.

“Dalam era susunan kerja yang fleksibel dan jarak jauh, pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti cara hidup serta cara orang bekerja pada masa kini.”

“Lebih penting, ia akan meluaskan perlindungan sepanjang masa kerana kemalangan dan kecederaan tidak terikat kepada jadual tertentu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di sini hari ini.

Untuk rekod, SKBBK diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Februari lalu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan pihaknya menyasarkan pengenalan undang-undang SKBBK tahun ini yang memastikan perlindungan menyeluruh kepada pekerja yang layak dengan perlindungan 24 jam, tujuh hari seminggu sepanjang tempoh penggajian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button